Dalam bahasa Melayu, kata "resam" juga berarti "kebiasaan" atau "adat", seperti dalam perumpamaan Resam air ke air, resam minyak ke minyak, yang berarti biasanya orang lebih suka bergaul kepada bangsanya sendiri daripada dengan bangsa lain atau bila terjadi perselisihan maka biasanya orang akan berpihak pada bangsanya, sukunya atau kawannya
sumber : Wikipedia Indonesia
sumber : Wikipedia Indonesia
ADAT & ISTIADAT MELAYU
1. Adat yang sebenarnya adat atau dikenali sebagai adatullah
Ditakrifkan sebagai hukum tabii yang diciptakan Allah. Contohnya adat harimau mengaum, adat kambing mengembek, adat api membakar, adat air membasah dan sebagainya. Ianya diertikan sebagai hukum adat yang hampir mutlak didasarkan pada hukum dan peraturan Islam, contohnya konsep muafakat dan musyuawarah yang wujud dan amat diberatkan dalam corak pemerintahan Bangsa Melayu.
2. Adat yang diadatkan
Meliputi adat muhakamah dan adatunnah. Adat muhakamah (adat yang baik) ialah undang-undang, hukum adat dan peraturan yang digubal oleh pemerintah atau pemimpin Bangsa Melayu bagi menjamin kerukunan serta keharmonian di dalam konteks hidup dalam satu kelompok bangsa. Ianya mengikat rakyat kepada perlembagaan masyarakat. Undang-undang adat ini menjadi paksi utama undang-undang Bangsa Melayu di rantau ini dan lazim disebut sebagai istilah kanun. Contoh undang-undang adat yang terawal dapat dilihat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari 1303M bersamaan 14 Rejab 702 Hijrah. Pada Batu Bersurat Terengganu itu terpahat beberapa peruntukan undang-undang jenayah dan perniagaan Islam. Selain itu terdapat juga Risalah Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Dato’ Star, Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan, Hukum Kanun Brunei dan banyak lagi. Daripada sudut pandang ajaran Islam, adat muhakamah dikira mengikat dan wajib dipatuhi selama mana ianya tidak bertentangan dengan hukum syariat kerana adat muhakamah dibuat mengatur masyarakat dengan baik dan memelihara keharmonian negeri.
Adatunnah atau lazim diistilahkan sebagai resam ialah adat dan hukum adat yang bersumber dari kebiasaan-kebiasaan masyarakat setempat yang dinilai sebagai murni, bermanfaat dan tidak bersalahan dengan hukum Islam serta tidak menyimpang dari konsep adatullah dan adatmuhakamah. Contohnya golongan muda menghormati golongan tua, konsep bergotong-royong dalam hal kenduri-kendara, ziarah menziarahi, rumah yang sentiasa terbuka untuk tetamu, memberi buah tangan, berbudi bahasa, mempelajari ilmu persilatan bagi anak-anak muda, bermusafir mencari ilmu dan sebagainya. Kebiasaan-kebiasaan terpuji ini kemudiannya diperkukuhkan oleh petinggi adat setempat sebagai hukum adat atau adat istiadat yang harus berlaku dalam pergaulan sehari-hari masyarakat.
3. Adat istiadat
Adat istiadat pula ritual-ritual yang sering dilakukan dalam institusi-institusi perayaan atau majlis-majlis yang dianggap rasmi, contohnya adat berkenduri-kendara, adat nikah-kahwin dan sebagainya. Perkara ini termasuklah dalam urusan mengatur alatan perhiasan, aturcara, tempat duduk dan susunan mereka yang akan menghadiri sesuatu majlis yang beradat istiadat. Adat istiadat ini dibuat dengan tujuan untuk meletakkan adab yang patut bagi membesar dan memuliakan perayaan atau majlis tersebut.
4. Adat jahiliyyah
Adat istiadat yang bersumber dari amalan-amalan yang dibawa dari zaman pra Islam, yang umumnya bercanggah dengan hukum Islam. Walaupun Islam telah lama berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Melayu, adat istiadat jahiliyyah masih diamalkan oleh sebahagian mereka. Bagaimanapun para ulama dan pemuka Islam telah mengupayakan secara berterusan berbagai cara supaya dihapuskan saki baki amalan adat istiadat jahiliyyah yang masih wujud dalam masyarakat Melayu, contohnya ‘Perayaan Mandi Safar’, tepung tawar naik rumah baru, mengambil berkat pada perkuburan keramat, beberapa ritual dalam majlis persandingan dan sebagainya.
Adat bukan sahaja menjadi paksi utama tamadun Bangsa Melayu sejak dari awal lagi, malahan selepas kedatangan Islam, banyak hukum adat dan agama yang serasi dan seragam telah lebur dan sebati menjadi sebahagian dari identiti, pakaian dan jatidiri orang-orang Melayu. Dalam perkara ini terdapat segolongan pihak mengandaikan bahawa adat bermakna adat istiadat semata, langsung telah menuduh orang Melayu zaman silam sebagai zalim kerana berpegang pada pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’, yang diertikan sebagai sanggup membunuh anak semata-mata untuk mempertahankan adat istiadat yang lapuk dan tidak bermanfaat seperti adat bersanding, bersyukur, mandi safar dan sebagainya.
Sebenarnya tuduhan yang tidak berasas ini adalah kerana tidak memahami takrif adat yang sebenar dalam konteks pepatah Melayu di atas.
Sebenarnya banyak adat Melayu dan perundangan Islam telah lebur menjadi satu sehingga kelaziman masyarakat dahulu kala menganggap perlanggaran hukum Allah dan RasulNya adalah merupakan suatu perlanggaran adat Melayu. Contohnya berkhalwat, berzina, mencuri, minum arak dan sebagainya. Adat yang dimaksudkan ini ialah undang-undang atau perlembagaan masyarakat yang serasi dengan Agama Islam, digubal bagi menjamin kesejahteraan, kerukunan dan keharmonian Bangsa Melayu tetap dipelihara dan negara Islam sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Maka undang-undang inilah mesti dipatuhi oleh semua pihak dan tidak harus dikompromi walaupun yang terpaksa dihukum itu anak sendiri kerana melanggar undang-undang atau peraturan Allah.
Apatah lagi ajaran agama Islam sendiri telah menetapkan bahawa adat sesuatu bangsa itu dikira mengikat selama mana ianya tidak bercanggah dengan aturan dan hukum Islam kerana adat diciptakan sejak turun temurun untuk menjamin kesentosaan, perpaduan, persefahaman dan kerukunan masyarakatnya.
Satu penyelewengan fakta sejarah yang dibuat oleh golongan Orientalis, yang dipelopori oleh Snouck Hurgronje ialah dengan menuduh bahawa adat Melayu kebanyakkannya merupakan saduran dari warisan Hindu zaman pra-Islam. Bagaimanapun, menurut pendapat Professor Sayyid Naquib Al-Attas, adat Melayu yang diambil dari warisan Hindu adalah amat minima dan bukan dalam bentuk inti, rohaniat atau falsafah, tetapi lebih dalam bentuk kesenian dan adat istiadat. Itupun mana-mana saki baki warisan Hindu telah berjaya dikikis secara berperingkat oleh petinggi-petinggi adat setempat dalam masyarakat Melayu sehingga ke hari ini pengaruhnya menjadi amat samar.
Satu perkara yang jarang diketengahkan oleh para akademik moden, apatalagi oleh golongan Orientalis adalah hakikat bahawa banyak juga adat Melayu merupakan cerminan kepada adat pusat Khalifah Othmaniyyah di Turki. Ini berikutan hubungan akrab kesultanan Melayu, khususnya Kesultanan Melayu Melaka yang bertindak sebagai pusat intelektual, peradaban dan tamadun Melayu-Islam yang terunggul di rantau ini pada suatu ketika dahulu, dengan khalifah-khalifah dari Dinasti Othmaniyyah. Antara adat Dinasti Othmaniyyah yang menjadi ikutan Bangsa Melayu diantaranya adalah :
Dalam hal ini, sering dianggap seseorang yang masuk Islam disebut sebagai ‘masuk Melayu” kerana Melayu sudah diintikan dengan Islam dan “beriman” dikira sebagai adat pertama dan utama dalam identiti seseorang yang berbangsa Melayu.
Dipetik daripada : http://www.log.prima.org.my/2013/03/adat-melayu/

- Adat berkhatan : Berarak, Tok Mudim, Kenduri
- Adat merisik : Wanita-wanita tua dari pihak lelaki
- Adat berkahwin : Bunga manggar, pulut kuning
- Adat mengaji : Sekolah agama rakyat dan pondok
- Adat rumah : Tetamu lelaki dan perempuan diasingkan iaitu anjung dan dapur
- Adat jenazah : Talkin, kenduri arwah, menziarahi kubur
- Adat memuliakan hari kebesaran Islam: Ditandakan dengan tembakan meriam atau pukulan gendang, tadarrus beramai-ramai di bulan Ramadhan
- Adat menghormati orang tua-tua: Tidak makan bersama dengan bapa kecuali dengan izin, cium tangan orang tua-tua.