Pantun kasih sayang
Air pasang matahari masuk,
Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. Air pasang limpah ke pasar, Tanam pinang kelapa mati; Di manalah tuan belajar, Pandai mencari isyarat hati. Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba lurutkan Hilang emak hilang saudara Kerana kasih hamba turutkan Pasir putih di pinggir kali Pekan menyabung ayam berlaga Kasih tak boleh dijual beli Bukannya benda buat berniaga Petik sayur si daun maman Makan berulam daun pegaga Habis tahun berganti zaman Kasih adinda kunanti jua Hijau nampaknya Bukit Barisan Puncak Tanggamus dengan Singgalang Terbang nyawa dari badan Kasih di hati takkan hilang Indra Giri pasirnya lumat Kerang bercampur dengan lokan Ibarat Nabi kasihkan umat Begitu saya kasihkan tuan Bunga Melati terapung-apung Bunga rampai di dalam puan Rindu hati tidak tertanggung Bilakah dapat berjumpa tuan? Burung merbuk membuat sarang Anak enggang meniti di paya Tembaga buruk di mata orang Intan berkarang di hati saya Kalau roboh kota Melaka Sayang selasih di dalam puan Kalau sungguh bagai dikata Rasa nak mati di pangkuan tuan Kalau roboh Kota Melaka Papan di Jawa saya dirikan Kalau sungguh bagai dikata Badan nyawa saya serahkan Anak campuran Cina-Melaka Pulang ke rumah di Bukit Pekan Andai kena dengan cara Nyawa dan badan saya berikan Anak ruan tidak terluang Benang sutera di dalam buluh Hendak buang tidak terbuang Sudah mesra di dalam tubuh Tumbuk padi jadikan emping Buat juadah teman sebaya Pipit hendak bertenggek ke ranting Sudikah enggang bertenggek sama? Kain cindai dilipat-lipat Lipat mari tepi perigi Kalau pandai Tuan memikat Burung terbang menyerah diri Kiri jalan kanan pun jalan Sama tengah pokok mengkudu Kirim jangan pesan pun jangan Sama-sama menanggung rindu Pucuk pauh batangnya pauh Di tengah-tengah pokok mengkudu Adinda jauh kekanda pun jauh Sama-sama menanggung rindu Buah jambu disangka kandis Kandis ada di dalam cawan Gula madu disangka manis Manis lagi senyuman Tuan Sayang Musalmah pergi ke taman Hendak memetik sekuntum bunga Sudah ada dalam genggaman Bilakah dapat hidup bersama? Anak haruan berlima-lima Mati ditimpa ponggor berdaun Kasih cik adik saya terima Menjadi hutang beribu tahun Sayang Laksamana mati dibunuh Mati dibunuh Datuk Menteri Tuan umpama minyak yang penuh Sedikit tidak tertumpah lagi Sayang pelanduk di luar pagar Mati ditembak patah kakinya Tujuh tahun gunung terbakar Baru sekarang nampak apinya Batang selasih permainan budak Daun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun kembali juga Harum baunya si bunga Tanjung Harumnya sampai puncak gunung Tuan umpama sekaki payung Hujan panas tempat berlindung Tajam kapak dari beliung Hendak menebang kayu berduri Tuan laksana kemuncak payung Saya di bawah menyerah diri Hujan panas turun berderai Guruh menyambar pohon jati Kasih sayang tak boleh bercerai Bagaikan rambut bersimpul mati Hilir berderap mudik berderap Patah galah di dalam perahu Tuan laksana si bunga Dedap Cantik merah tidak berbau Orang berhuma di Pulau Balangan Asap apinya tabun-menabun Tuan laksana bunga kayangan Kuntum Kasturi tangkainya embun Kalau Tuan pergi ke Jambi Ambil air Cik Tahir jurubatunya Kalau Tuan hendakkan kami Bakar air ambil abunya Beli cempedak dari Juana Mari dibelah di atas tudung Jika berhajat menyunting bunga Jumpa wali di atas gunung Buah jering di atas para Diambil budak bawa berlari Kering laut tanah Melaka Baru saya mungkirkan janji Buih kuini jatuh tercampak Jatuh menimpa bunga selasih Biar bertahun dilambung ombak Tidakku lupa pada yang kasih Tebang gelam tebang kenanga Batang tumbang menimpa gadung Kumbang mengidam nak seri bunga Bunga kembang di puncak gunung Limau purut lebat di pangkal Batang selasih condong uratnya Hujan ribut dapat ditangkal Hati kasih apa ubatnya? Layang-layang terbang melayang Jatuh ke laut disambar jerung Siapa bilang saya tak sayang? Kalau bunga rasa nak kendong Layang layang terbang melayang Jatuh di laut melayang layang Siapa bilang saya tak sayang? Siang malam terbayang bayang Layang-layang disambar nuri Madu kelapa dalam tempayan Lagi tak hilang bukit Puteri Tidak kulupa kasihmu Tuan Langit cerah awan membiru Dinihari embun pun jatuh Sakit sungguh menanggung rindu Di dalam air badan berpeluh Indah nian bulan mengambang Keliling pula bintang bercahaya Wajah tuan bila ku pandang Bagai melihat pintunya syurga Ikan belanak di tengah muara Daun suji di dalam puan Tiada sanak tiada saudara Kalau sudi terimalah Tuan Dua tiga kucing berlari Manakan sama si kucing belang Dua tiga boleh kucari Manakan sama abang seorang Anak beruk di kayu rendang Turun mandi di dalam paya Huduh buruk di mata orang Cantik manis di mata saya Tinggi tinggi mata hari Anak kerbau mati tertambat Sudah lama saya mencari Baru sekarang saya mendapat Pucuk pauh delima batu Anak sembilang ditapak tangan Biar jauh beribu batu Jauh di mata di hati jangan Burung merbuk membuat sarang Anak enggang meniti di paya Tembaga buruk di mata orang Intan berkarang di hati saya. |
Burung terbang menarik rotan
Lalu hinggap di kayu Jati Tujuh gunung tujuh lautan Belum dapat belum berhenti Ke Teluk sudah ke Siam sudah Ke Mekah saja aku yang belum Kupeluk sudah kucium sudah Bernikah saja aku yang belum Di Tanjung Katung airnya biru Disitulah tempat mencuci mata Duduk sekampung lagikan rindu Inikan pula jauh dimata Laju-laju perahu laju Lajunya sampai ke Surabaya Lupa kain lupakan baju Tetapi jangan lupakan saya Kalau menyanyi perlahan-lahan Dibawa angin terdengar jauh Kalau hati tidak tertahan Di dalam air badan berpeluh Bunga Cina jambangan Cina Bungkus inai dalam kertas Sungguh saya bena tak bena Di dalam hati haram tak lepas Bunga rampai di dalam puan Buluh perindu di atas gunung Adakah sampai kepadamu tuan? Rindu kekanda tidak tertangung Ayam disabung jantan dipaut Jika ditambat kalah laganya Asam di darat ikan di laut Dalam belanga bertemu jua Angin Barat dari gunung Berhembus lembut terlalu nyaman Baru kelibat adik menyongsong Kembali segar semangat di badan Orang mengail ikan cencaru Dapat ikan bawa ke jeti Kalau tuan kata begitu Barulah senang di dalam hati Ribu-ribu pokok mengkudu Cincin permata jatuh ke ruang Kalau rindu sebut namaku Airmata jangan dibuang Dari mana punai melayang Dari sawah turun ke padi Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati Berkurun lama pergi menjauh Wajah kulihat di dalam mimpi Kalau dah kasih sesama sungguh Kering lautan tetap ku nanti Anak buaya anak memerang Anak biawak luka kepala Badan merantau sakit dan senangP ada adinda sedikit tak lupa Kukutip bunga buat karangan Karangan diletak di atas peti Ingin ku sunting bunga di jambangan Buat penyeri di taman hati Sekapur sirih seulas pinang Adat berkunjung budaya Melayu Terjunjung kasih tersimpul sayang Terikat terkurung kasih nan satu Burung merpati terbang melayang Singgah sebentar dipohon meranti Rindu hatiku bukan kepalang Wajahmu tuan termimpi-mimpi Malam ini malam Jumaat Pasang dian kepala titi Tepuk bantal panggil semangat Semangat datang di dalam mimpi Hilang sepi diraut wajah Usah terlerai nilainya budi Setia janji takkan berubah Kasih tersemai tetap abadi Kalau tidak kelapa puan Tidak puan kelapa bali Kalau tidak pada tuan Tidak tuan siapa lagi? Pohon sena cabangnya empat Mari tebang waktu pagi Kalau kena dengan makrifat Burung terbang menyerah diri Gunung tinggi dilitupi awan Berteduh langit malam dan siang Bila adik mengirimkan pesan Hancur seluruh sendi abang Air pasang limpah ke pasar Tanam pinang kelapa mati Di manalah tuan belajar Pandai mencari isyarat hati? Tajam tubuh si buah gading Hendaklah ikat bersama tali Hancur luluh tulang dan daging Namun kulupa tidak sekali Hujan turun badan pun basah Patah galah haluan perahu Niat dihati tak mahu berpisah Kehendak Allah siapa yang tahu? Fikir memikir sama lawak Jangan dibawa ke Tanjung Jati Sindir menyindir sesama awak Jangan dibawa masuk ke hati Tuan puteri meminta cawan Untuk diisi air kelapa Amat tulus kasihmu Tuan Sampai ke mati adinda tak lupa Abang Daud menyepak raga, Raga disepak dalam mahligai; Dalam laut boleh diduga, Dalam hati tidak ku pandai. Abang merempuh di kaki bukit, Siapa bilang terlanggar pipit; Abang cakap manis di mulut, Saya mendengar menjadi leput. Ada kain lupa ke baju, Konon baju layu dah bunga; Ada lain lupakan aku, Kerana aku orang dah hina. Akar nibung meresap-resap, Akar mati dalam perahu; Terbakar kampung nampak berasap, Terbakar hati siapa yang tahu. Ambil buluh dibuat sasak, Nak dipagar batas bertenang; Akulah hodoh bertambah sesak, Tak ada siapa yang nak kenang. Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. Anak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri. Ada kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. Ambil galah panjang sedepa, Jemur mari kain basahnya; Jangan salah jangan terlupa, Kalau rimau nampak belangnya. Asam paya buahnya kisip, Mari dijual di Batu Pahat; Badan saya tidak bernasib, Diberi baik hendaknya jahat. Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu. Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok. Baik-baik memilih ikan, Jangan terpilih ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. Baik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok. Baik-baik menebang jati, Biar serpih tumbang jangan; Baik-baik mencari ganti, Biar terlebih kurang jangan. Surat ku layang untuk berkata Penyampai hasrat kata di hati Kalaulah sungguh kasihkan saya Jangan dibuang sampai ke mati Kedondong batang sumpitan Batang padi saya lurutkan Tujuh gunung sembilan lautan Kalau tak mati saya turutkan |