pantun kepahlawanan
Adakah perisai bertali rambut
Rambut dipintal akan cemara Adakah misai tahu takut Kamipun muda lagi perkasa Hang Jebat Hang Kesturi Budak-budak raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata Kalau orang menjaring ungka Rebung seiris akan pengukusnya Kalau arang tercorong kemuka Ujung keris akan penghapusnya Redup bintang haripun subuh Subuh tiba bintang tak nampak Hidup pantang mencari musuh Musuh tiba pantang ditolak Esa elang kedua belalang Takkan kayu berbatang jerami Esa hilang dua terbilang Takkan Melayu hilang dibumi Apa guna kepuk di ladang Kalau tidak berisi padi Apa guna keris di pinggang Kalau tidak berani mati Adakah perisai bertali rambut Rambut dipintal akan cemara Adakah bisai tahu takut Kami pun muda lagi perkasa Sampan kotak mengapa dikayuh Hendak belayar ke tanah seberang Patah kepak bertongkatkan paruh Pantang menyerah di tengah gelanggang Air dalam bertambah dalam Hujan di hulu belumlah teduh Hati dendam bertambah dendam Dendam dahulu belumlah sembuh Lemaknya nasi bergulai udang Lemak berbau santan kelapa Rela kumati berputih tulang Tidak kumahu berputih mata Orang menyeberang gunakan titi Titi dibuat tinggi di atas Dalam telur lagikan dinanti Inikan pula sudah menetas Jika terjumpa ular tedung Carilah buluh kayu pemukul Berani buat beranilah tanggung Tangan menjinjing bahu memikul Perahu payang layarnya merah Belayar menuju arah utara Keris dipegang bersintukkan darah Adat pahlawan membela negara Sungguh cantik bunga yang merah Malangnya lama tidak disirami Kalau jasadku rebah ke tanah Rela aku disemadikan di sini Telur itik dari Senggora Pandan terletak dilangkahi Darahnya titik di Singapura Badannya terhantar di Langkawi |
Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi Apa guna berambut panjang Kalau tidak berani mati Guruh berdentum bumi bergegar Ayam jaguh sedang bersabung Jangan cakap sahaja berdegar Hulur senjata kita bertarung Limau bentan di tepi tingkap Budak-budak melempar burung Harimau di hutan lagi kutangkap Inikan pula cicak mengkarung Pudak bukan sebarang pudak Pudak tumbuh di tepi lombong Jalak buka sebarang jalak Jalak biasa menang bersabung Anak Cina bersampan kotak Muatan sarat dengan ragi Biar retak bumi kupijak Kamu takkan kulepaskan lagi Hang Jebat Hang Kasturi Budak-budak raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata Patah rotan tali bersilang Batang meranti rimbun berjejal Langkah pahlawan di tengah gelanggang Berpantang mati sebelum ajal Banyak batang tumbuh cendawan Cendawan kukur jalan ke huma Banyak orang mengaku pahlawan Sambutlah pukul tikam pertama Putus sudah tali temberang Semasa belayar di sampan kotak Jangan berlagak jaguh yang garang Kepala sendiri nanti yang retak Apa guna padi bukit Padi dibendang menabur bunga Apa guna hati sakit Mati bertikam termasyhur lama Tebu bukannya bangkut Rama-rama terbang ke kuala Bukan kami kaki penakut Berani kami korbankan nyawa Memang pahit buah peria Makanan orang pergi menjala Jikalau mengaku taat setia Bersamalah kita pertahan negara Cik Embun orang berbidan Pandai mengurut sakit kepala Biar berkalang nyawa di badan Kedaulatan negara kupertahankan jua Kalau mengail di lubuk dangkal Dapat ikan sepenuh raga Kalau kail panjang sejengkal Jangan lautan hendak diduga |