Sejarah Pembukaan Negeri Pasai
Asal usul pembukaan negeri pasai dikatakan bermula dari peristiwa di mana seorang raja pasai bernama merah silu yang ketika itu sedang berburu di dalam hutan bersama seekor anjing buruan yang bernama Si Pasai.Ketika sedag berburu,si Pasai menyalak kepada seekor pelanduk putih.Anjing Malikulsalleh itu dikejar oleh pelanduk yang disalakkannya.Anjingnya mati disitu lalu dikuburkan dan tempat itu dinamakan pasai Ia merupakan suatu kejadian yang pelik sehingga membuatkan para penasihat kagum dan mencadangkan kepada Malikulsalleh untuk mendirikan karajaan baru di sana.Itulah Kerajaan Pasai didirikan berdekatan dengan Lho Seumawe sekarang (Indonesia).Malikul Zahir iaitu anak kepada Malikulsalleh telah dinobatkan di Pasai. Ia mempunyai dua orang anak iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur. Ia meninggal ketika kedua orang anaknya itu masih kecil sehinggakan neneknya Malikul Salleh menguruskan soal pemerintahan bagi mereka. Sultan Malikul Mahmud diserahkan kepada Syed Ghiathud Din manakala Malikul Mansur diserahkan kepada Syed Semayamuddin. Setelah Malikul Mahmud akil baligh, ia dirajakan di Pasai dan syed Ghiatud Din dilantik menjadi Pendana Menteri. Harta perkakas seperti alat kerajaan, gajah ,kuda dan senjata dibahagi samarata kedua adik beradik
Samudera dan Pasai menjadi sangat makmur. Sultan Malikul Mahmud semakin lama, semakin besar kuasanya. Berita ini sampai ke pengetahuan Raja Siam yang telah mengirim angkatan lautnya untuk menyerang Pasai. Pasai menjadi bertambah makmur apabila Sultan Malikul Mahmud menpunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki bernama Sultan Ahmad.
· Sejarah Asal-Usul Raja
Pasai merupakan negeri yang pertama dimasuki agama Islam.Terdapat dua orang bersaudara yang menjadi raja dodalam negeri itu.Mereka ialah Raja Ahmad dan Raja Muhammad.Ketika mereka pergi membuat negeri,Raja Muhammad menemui seorang anak perempuan yang keluar dari pohon Bambu lalu Baginda menamakannya Puteri Betong.Manakala Raja Ahmad telah menjumpai seorang anak lelaki yang bernama Merah Gajah .Ini kerana anak itu dijumpai semasa manaiki gajah.Kemudian Puteri Betong dan Merah Gajah dinikahkan.Hasil perkahwinan kedua-dua mereka lahirlah Merah Silau dan Merah Hasum.Disebabkan satu peristiwa,maka berlakulah penceraian antara Merah Gajah dan Puteri Betong.Raja Muhammad yang marah terhadap tindakan Merah Gajah lalu membunuhnya.Peristiwa pembunuhan Merah Gajah sampai ke pengetahuan Raja Ahmad lalu baginda melakukan serangan terhadap Raja Muhammad.Dalam pertempuran itu,raja Ahmad dan Raja Muhammad telah mangkat.Merah Silau dan adiknya Merah Hasum berhijrah ke arah barat lalu sampai di negeri Berawan dan menetap disana.
Merah Silau membuat jala dan mencari gelang lalu memasaknya.Setelah itu gelang yang dimasaknya itu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak.Ini membuatkan merah Silau menjadi kaya-raya.disebabkan peristiwa ini timbullah salah faham antara abang dan adik.Merah Silu pergi mencari tempat yang baru dan sampai ke Hulu sungai Pasangan.Di sana ada negeri yang bernama Buloh Telang yang diperintah oleh megat Sekandar.Merah Silau sangat disukai orang disana sehingga menjadikan baginda sebagai raja.Ini menyebabkan berlaku peperangan dengan Sultan Malikul Nasir iaitu adik Megat Sekandar.
Sultan Malikul Nasir dikalahkan berturut-turut oleh Merah Silau sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke dalam Rimba yang bernama Rimba Pertama Terjun ,kemudiannya baginda melarikan diri ke Gunung Telawas dan disana baginda dikepung oleh Merah Silu.Tempat kepungan itu kemudiannya dinamakan kubu.kemudiannya baginda terus melarikan diri ke Pekersang,Kumat dan Barus.
· Sejarah Mitos Kedatangan Agama Islam
Nabi Muhammad pernah meramalkan bahawa dikemudian hari akan ada negeri Samudera,negeri bawah angin dan baginda telah memberi perintah kepada penganut-penganutnya supaya memperlengkapkan kapal serta membawa alat-alat kerajaan berlayar ke Samudra untuk menyerbarkan agama Islam.Nabi Muhammad juga berpesan bahawa akan ada seoprang fakir di negeri Menggiri yang harus mereka bawa beserta ke Samudera.
Pada malam hari merah Silu bermimpi bahawa baginda disuruh mengucap Syahadat tetapi baginda tidak boleh mengucapkannya.Kemudian mulutnya diludahi oleh seorang yang berhadapan dengannya dalam mimpi dan memberitahu kepadanya bahawa baginda akan diangkat menjadi sultan dengan nama Malikulsalleh serta menjadi seorang muslim.Baginda sudah pandai mengucap kalimah syahadat dan telah diberikan pengajaran mengenai beberapa soal Fiqih.Dalam mimpi tersebut,baginda diberitahu akan tiba sebuah kapal dalam masa 40 hari ke negeri tersebut.Menurut mimpinya lagi,perintah anak kapal itu harus diturutinya akhirnya orang yang berhadapan dengannya dalam mimpi itu memperkenalkan dirinya adalah Nabi Muhammad .
Merah Silu terus terjaga dari tidurnya terus boleh mengaji 30 juzuk Al-Quran.Ia menimbulkan kehairanan kepada orang yang mendengarnya.ini kerana perkataan yang diucapkan oleh Merah Silu tidak diketahui ertinya.Seperti yang dijanjikan,kapal dari Mekah tiba di Teluk Terali.Seorang fakir turun ke darat bertemu dengan seorang yang sedang berjala lalu menanyakan nama negeri dan rajanya.Nama raja dalam negeri itu adalah Merah Silu dan bergelar Sultan Malikulsalleh.Disebabkan Sultan Malikulsalleh sudah pandai mengucap syahadat dan mengaji Al Quran maka Syeikh Ismail mengajar penduduk Samudera mengucap Syahadat dan mengaji Al-Quran.Setelah penduduk samudera memelik agama Islam,Samudera diberi nama Darulsalam kerana telah masuk agama baru tanpa paksaan.
Kemudian setelah selesai mengislamkan penduduk Samudera,Syeikh Ismail kembali ke negerinya dengan membawa hadiah untuk syarif Mekah iaitu Ambar,kapur barus,gaharu,cendana,kemenyan,kelembak dan cengkih.Fakir Muhammad terus menetap di Samudera untuk memberi pengajaran mengenai agama islam kepada penduduk disitu.Ada satu golongan yang menolak uuntuk masuk Islam dan mereka berhijrah ke Sungai Pasangan.Oleh kerana itu,mereka diberi nama Gajo.
· Sejarah Pembukaan Samudera
Asal usul wujudnya Samudera berkait rapat dengan penemuan seekor semut sebesar seekor kucing.Pada suatu hari Merah Silu keluar berburu bersama-sama pengiringnya beserta seekor anjing bernama Si Pasai.Ketika Si Pasai menyalak di atas sebuah tanah tunggi,terdapat seekor semut sebesar kucing.Merah Silu menangkapnya dan memakan semut itu.Daripada peristiwa itu,tempat itu dijadikan negeri yang bernama Samudera yang bermaksud semut yang amat besar.
· Sejarah pengislaman Raja Pasai.
Sebelum Islam Sultan Malikulsalleh dikenali dengan nama Merah Silu.Ia bermula dengan sebuah kapal dari Makkah yang tiba di Samudera dan berlabuh di Teluk Teli.Seorang Syeikh dari Makkah yang bernama Syeikh Ismail beserta seorang fakir menghadap Sultan Malikullsalleh.Beliau meminta Sultan Malikulsalleh mengucap kalimah shahadah.
Sultan Muhammad yang menyamar sebagai fakir memberi Al-Quran kepada Sultan Malikulsalleh untuk dibaca.Serentak itu,Syeikh Ismail mengislamkan semua rakyat di negeri Samudera.Semua rakyat negeri Pasai memeluk islam dengan sukarela dan negeri itu digelar negeri Darulsalam.Sultan Malikulsalleh ditabalkan oleh Syeikh Ismail sebagai Raja Samudera Darulsalam.Beberapa pembesar negeri yang memeluk islam ditukarkan namanya. Contohnya,Tun Seri Kaya digelar Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya digelar Sayin Semayamuddin.Sultan memberi Fidyahambar,kapur, barus, gaharu, cendana, kemenyan, Kelembak, cengkih dan pala kira-kira seratus bahara kepada Syeikh Ismail yang ingin pulang ke Makkah.Sultan Muhammad yang menyamar menjadi fakir terus tinggal di negeri Samudera bagi menyebarkan agama Islam.
· Sejarah Perluasan Kekuasaan Majapahit Di Pasai
Ia bermula apabila Ratu Majapahit mendengar khabar bahawa anaknya mati di Pasai.Dengan rasa marah baginda memerintahkan askarnya menyerang negeri Pasai.Berlakulah pertempuran antara kerajaan Majapahit dan Pasai.Setelah sekian lama berperang,Pasai dikalahkan oleh Majapahit.Sultan Pasai pada ketika itu,Sultan Ahmad Perumudal Perumal lari ke Menduga yang jaraknya kira-kira 15 hari perjalanan dari Pasai.Tawanan perang dari Pasai dibawa balik ke Jawa.Ada diantara mereka yang terdiri daripada Alim Ulama.Kerajaan Pasai kalah kepada Majapahit disebabkan kekuatan bala tentera Majapahit yang hebat.Dalam perjalanan pulang selepas berperang Kerajaan Jambi dan Palembang berjaya ditawan oleh askar Majapahit.
Patih Gajah Mada diperintahkan oleh Ratu Majapahit untuk menakluki negara-negara jiran.Semua negeri yang ditakluki membayar ufti kepada kerajaan Majapahit kecuali Periaman kerana negeri tersebut masih belum dtakluki oleh Majapahit.Dalam usaha kerajaan Majapahit untuk menakluki kerajaan Periaman,Ratu Majapahit mahu kerbaunya berlaga dengan kerbau dari Periaman.Antara syaratnya jika kerbau Majapahit mengalami kekalahan,orang jawa akan memakai kain mengikut cara perempuan tetapi jika kerbau Periaman mengalami kekalahan,negeri Periaman tertakluk dibawah kekuasaan Majapahit.
Para pembesar Periaman iaitu Patih Suatang dan Patih Ketemenggungan membuat helah.Helah yang dibuat oleh mereka adalah dengan mencari anak kerbau yang masih menyusu.Anak kerbau itu dibiarkan tidak menyusu berhari-hari.Setelah sampai waktu perlagaan,anak kerbau Periaman yang tidak menyusu berhari-hari mengisap buah Pelir kerbau jantan Majapahit kerana lapar menginginkan susu.Dalam perlagaan itu,kerbau Majapahit kalah.Orang-orang Jawa diberi minuman di dalam buluh yang tajam semasa jamuan perpisahan.Mereka mati ditikam dengan buluh itu samasa minum.Selepas itu negeri Periaman bertukar nama menjadi Menangkabau yang diambil dari peristiwa perlagaan kerbau.
· Unsur sejarah Lagenda
Lagenda Sultan Malikulsalleh di dalam teks hikayat raja-raja Pasai ini memang dipercayai benar-benar wujud.Beliau merupakan Sultan yang pertama kerajaan Pasai yang mendirikan kerajaan dan memeluk Islam.Beliau diislamkan oleh Syeikh Ismail yang berasal dari Makkah.Baginda berusaha menjalankan dakwah Islamiah bagi memperkenalkan dan mengislamkan negeri-negeri jirannya di Nusantara.Bukti kewujudannya dibuktikan dengan adanya Makam Sultan Malikulsalleh yang menjadi tumpuan para Penziarah yang melawat Acheh.
TEMA HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI:
Hikayat Raja-Raja Pasai berkisar pada tema al-amr bi’l ma’ruf wa ‘l-nahy ‘an-munkar (melakukan kebaikan dengan meninggalkan kemungkaran). Bagi mempraktikkan konsep ini hendakklah jangan tamak keduniaan kerana dunia itu fana sifatnya, banyak daripada pekerjaan di dunia ini tidak memberi manfaat kepada kehidupan di akhirat dan jangan lalai daripada melakukan pekerjaan kebajikan dan meninggalkan pekerjaan kejahatan. Menyeru orang berbuat kebajikan dan melarang ornag daripada berbuat kejahatan.
PERSOALAN HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI:
i. Pembesar negeri hendaklah memelihara raja. Jangan menderhaka kepada raja. Hendaklah menjalankan pentadbiran menurut undang-undang islam kerana firman Tuhan dalam al-Quran ertinya “ Barang siapa tiada menghukumkan dengan barang hukum yang diturunkan oleh Allah, maka, bahawasanya mereka itu menjadi kafir” (hlm 25). Semua pekerjaan hendaklah bermuafakat kerana daripada muafakat itu akan mendapat pekerjaan.
ii. Semua kerja hendaklah bersabarkerana daripada kesabaran itu akan mendapat berkat, tetapi Sultan Malikul Mansor tidak mengikut nasihat menterinya Sayid Semayamuddin. Akibatnya baginda dibuang oleh abangnya ke negeri Temiang dan Sayid Semayamuddin dibunuh. Sultan Malikul Mahmud tidak sabar, ia sanggup melakukan kekejaman terhadap adiknya sendiri, hanya kerana mengambil seorang gundik, akibatnya ia menangis tak berlagu, hidup merana kerana sesal tak berkesudahan. Akhirnya ia sakit dan mangkat.