SINOPSIS
Sejarah Melayu lebih menceritakan mengenai asal usul raja Melayu serya menceritakan mengenai kerajaan Melayu hingga kedatangan Portugis. sejarah Melayu ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama lebih kepada unsur mitos dan dogeng dan menceritakan mengenai asal-usul raja-raja dalam sesebuah negara, asal-usul negeri dan sebagainya. misalnya, mengisahkan asal-usul raja-raja melayu yang dikatakan berasal daripada keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain.Sebermula, mengisahkan apabila perkahwinan antara Raja Suran yang masuk ke dalam laut dan mengahwini Puteri daripada negeri Bahsam yang bernama Puteri Mahtabul. Hasil perkahwinan mereka ini melahirkan tiga orang putera yang diberi nama Nila Utama, Nila Pahlawan dan juha Kerisyna Pandita. Ketiga-tiga putera ini telah turun ke Bukit Siguntang dengan penuh gemilang apabila mereka turun di sebuah kawasan sawah padi yang dimiliki oleh Wan Malini dan Wan Empuk. Wan Empuk dan Wan Malini telah berkahwin dengan Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita. Manakala, NIla Utama telah dikahwinkan dengan anak Demang Lebar Daun.
Pembukaan negeri Singapura oleh Nila Utama juga banyak berunsurkan mitos misalnya penemuan binatang yang lalu dihadapan Demang Lebar Daun yang sungguh tangkas dan menjadikan nama binatang tersebut, iaitu singa. Maka dari nama Temasek berubah kepada nama Singapura. Cara pemerintahan raja-raja Melayu turut diceritakan dalam Sejarah Melayu yang lebih menceritakan mengenai kelima-lima pemerintah Singapura berdasarkan unsur-unsur lagenda yang berkait dengan kegagahan dan kekuatan. Raja Iskandar Syah telah diserang oleh orang Majapahit dan menyebabkan baginda terpaksa melarikan diri ke Melaka lalu membuka kerajaan Melaka.
Terdapat juga pelbagai mitos mengenai pembukaan Samudera-Pasai yang berkaitan dengan penemuan seekor semut besar. Dalam penceritaan mengenai pembukaan Negeri Samudera-Pasai juga dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu apabila Merah Silu yang bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan mengajar Merah Silu mengucapkan dua kalimah syahadat. Selepas daripada peristiwa tersebut baginda Merah Silu telah menukarkan namanya kepada Sultan Malikul Salleh.
Sejarah Melayu juga mengisahkan tentang zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan Melaka kedalam tangan Portugis apabila angkatan Peringgi yang diiringi oleh Alfonso d’albuquerque menyerang Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud yang memerintah Melaka pada ketika itu melarikan diri ke negeri Pahang. Maka pelantikan Tun Seri Lanang sebagai Bendahara Diraja oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah untuk mencatat mengenai salasilah diraja itu maka terhasilnya catatan yang dikenali sebagai Sejarah Melayu ataupun Sulalatus Salatin.

TEMA SEJARAH MELAYU
Sejarah melayu bertemakan kisah raja-raja melayu yang memerintah negeri-negeri Melayu dan segala adat istiadat yang menunjukkan satu tata cara pentadbiran menurur etika adat yang bersandarkan kepada ajaran islam.
PERSOALAN SEJARAH MELAYU
Daripada tema diatas timbullah berbagai-bagai persoalan, antaranya mengisahkan cerita mengenai raja- raja Melayu terutama raja-raja Melaka. Merakamkan etika adapt istiadat raja-raja Melayu dan cerita-cerita tamsilan dan perumpamaan yang boleh dijadikan panduan kepada generasi Melayu yang terkemudian.K
Kisah raja-raja Melayu khususnya kesultanan Melaka yang memerintah empayar Melaka menjadi tema dasar Sejarah Melayu. Melaka yang asalnya daripada sebuah ceruk yang terpencil telah menjadi sebuah negeri yang berkembang dengan pesat, yang berupaya menakluk Negara-negara lain, hingga menjadi sebuah mepayar besar di Nusantara.
Raja-raja Melaka yang bijak itu menjalankan pentadbiran negeri bersama Bendahara dan Laksamana. Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, Melaka muncu sebagai negara besar kerana wujudnya ikatan tiga serangkai yang sangat utuh. Tetapi, ikatan tiga serangkai itumenjadi longgar dan tidak berfungsi lagi pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.